January 27, 2024 5:00 pm - December 28, 2023 12:00 am MIMC, AYER KEROH, MELAKA

Battle 6 Saturday Night Track Day 27/01/2024

27/01/2024, MIMC, AYER KEROH, MELAKA.

Battle 6 Saturday Night Track Day yang seterusnya akan diadakan pada 27 Januari 2024 di MIMC, Ayer Keroh, Melaka seperti berikut:

 
PENDAFTARAN
 
  • Promosi 16 PENYERTAAN TERAWAL beserta pembayaran RM230.00 akan mendapat pit spot secara percuma. (1 pit akan berkongsi 2 spot)
  • Bayaran penyertaan selepas 26 Januari 2024 : RM250
  • TERHAD KEPADA 78 PENYERTAAN SAHAJA SECARA KESELURUHAN
  • First Pay First Serve
  • Setiap kategori terhad 6 buah kereta sahaja
  • Setiap 1 bayaran penyertaan untuk 1 pemandu, 1 kategori
  • Tidak boleh berkongsi kereta dalam 1 kategori yang sama
  • Dibenarkan berkongsi kereta sekiranya berlainan kategori
  • Khemah 20’x20 RM250
  • Tiket masuk pemandu, crew, penonton RM10. Percuma untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
 
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
* reLLiK/ Niezam +6012-2764191
 
ACARA
FORMAT BATTLE 6
(LAYOUT : ANTI CLOCK WISE)
 
Practice & Qualifying
Peserta akan diberikan 5 lap (1 warm up lap, 3 timing lap, 1 cooling lap) untuk practice & qualifying. Masa terpantas akan menentukan grid Battle 6.
 
Battle 6
Kereta peserta akan disusun mengikut grid (maksimum 6 kereta) dan akan diberikan 5 lap untuk Battle 6. Penamat 1 hingga 6 akan ke pentas hadiah.
 
KATEGORI BATTLE 6 SATURDAY NIGHT TRACK DAY
1. Open
2. 1800cc NA / Mivec Vtec / 4throttle
3. 1600cc NA
4. 1500cc NA
5. 1200cc Open
6. Saga 4g1x
7. Campro NA
8. Hot Ladies 2000cc NA Open
9. Auto CVT 2000cc NA kebawah
10. Kelab Kategori : The Bos 1
11. Kelab Kategori : The Bos 2
 
Undang-undang Am Perlumbaan
1.Pemandu dikehendaki memakai helmet, seluar panjang, kasut & tali pinggang keledar semasa berada di litar. Penggunaan sandal, selipar, kasut seperti crocs adalah dilarang sama sekali.
2. Pemakaian racing suit dan glove adalah sangat-sangat digalakkan.
3. Semua kategori penggunaan tayar full slick adalah dilarang.
4.Pemadam api di dalam setiap kenderaan adalah diwajibkan.
5.Penggunaan rollcage sangat-sangat digalakkan.
 
Undang-undang mengikut kategori
 
1.Open
Terbuka kepada semua kereta
Tayar : Semua tayar dibenarkan kecuali tayar full slick
Tempat duduk belakang dibenarkan buka
Tempat duduk sebelah pemandu dibenarkan buka
 
2.1800cc NA
Terbuka kepada kereta 1800cc NA ke bawah. Enjin Mivec/VTEC/Neo VVL/4 Throttle bersesaran 1600cc kebawah turut dibenarkan untuk menyertai kategori ini.
Tayar : Semua tayar dibenarkan kecuali tayar full slick
Tempat duduk belakang dibenarkan buka
Tempat duduk sebelah pemandu dibenarkan buka
 
3.1600cc NA
Terbuka kepada kereta 1600cc NA ke bawah. Tidak dibenarkan Enjin Mivec/VTEC/Neo VVL/4Throttle menyertai kategori ini.
Tayar : Tayar Treadwear hendaklah 140 ke atas
Tempat duduk belakang dibenarkan buka
Tempat duduk sebelah pemandu tidak dibenarkan buka
 
4.1500cc NA
Terbuka kepada kereta 1500cc NA ke bawah. Enjin Mivec/VTEC bersesaran 1500cc kebawah single cam (SOHC) dibenarkan untuk menyertai kategori ini.
Tayar : Tayar Treadwear hendaklah 140 ke atas
Tempat duduk belakang dibenarkan buka
Tempat duduk sebelah pemandu tidak dibenarkan buka
 
5.1200cc Open
Terbuka kepada kereta 1200cc ke bawah. Enjin Turbo & NA bersesaran 1200cc kebawah dibenarkan
Tayar : Semua tayar dibenarkan kecuali tayar full slick
Tempat duduk belakang dibenarkan buka
Tempat duduk sebelah pemandu dibenarkan buka
 
6.Saga 4G1x Series
Terbuka kepada kereta saga iswara enjin 4G15/ 4G13.
Tayar : Semua tayar dibenarkan kecuali tayar full slick
Tempat duduk belakang dibenarkan buka
Tempat duduk sebelah pemandu dibenarkan buka
 
7.Campro NA Open
Terbuka kepada enjin campro NA.
Tayar : Semua tayar dibenarkan kecuali tayar full slick
Tempat duduk belakang dibenarkan buka
Tempat duduk sebelah pemandu dibenarkan buka
 
8. Hot Ladies 2000cc NA Open
Terbuka kepada pelumba wanita sahaja yang memandu kereta 2000cc NA ke bawah. Enjin Mivec/Vtec/Neo VVL/4 Throttle bersesaran 1800cc ke bawah dibenarkan
Tayar : Semua tayar dibenarkan kecuali tayar full slick
Tempat duduk belakang dibenarkan buka
Tempat duduk sebelah pemandu dibenarkan buka
 
9. Auto CVT 2000cc NA Open
Terbuka kepada kereta bertransmisi Auto/CVT 2000cc NA ke bawah.
Tayar : Semua tayar dibenarkan kecuali tayar full slick
Tempat duduk belakang dibenarkan buka
Tempat duduk sebelah pemandu dibenarkan buka
 
 
Kelab Kategori
Mana-mana kelab, komuniti, geng2 kereta, kawan-kawan nak buka kategori sendiri dengan syarat hendaklah mendapat penyertaan 6 buah kereta. Tidak boleh lebih, tidak boleh kurang. Boleh berhubung dengan pihak penganjur untuk membuka kelab kategori.
 
10. Kelab Kategori : The Bos 1
11. Kelab Kategori : The Bos 2
 
**Pihak penganjur berhak menutup mana-mana kategori yang kurang sambutan dan diberikan laluan kepada Kelab Kategori sekiranya terdapat permintaan.
 
JADUAL PERLUMBAAN
5.00pm – 7.00pm Pendaftaran Peserta
6.30pm – 7.00pm Driver Briefing/ Taklimat Peserta
7.15pm – 9.30pm Practice & Qualifying
9.30pm – 12.00am Battle 6 & Penyampaian Hadiah
 
HADIAH & CENDERAHATI
1st- Trophy + Hadiah Iringan Penaja
2nd- Trophy + Hadiah Iringan Penaja
3rd- Trophy + Hadiah Iringan Penaja
4th- Trophy
5th- Trophy
6th- Trophy
 
Media
– Tune Photography

Ticket Type Price Cart
Battle 6 Tickets (January 24) RM250.00

Select options
This product has multiple variants. The options may be chosen on the product page